Showing posts with label event:Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label event:Hari Raya. Show all posts
Sunday, September 15, 2013

Ketiga.

Bismillah.
Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis rasa kekok. Ada yang dah bising suruh update blog bagai. Ada yang siap perli suruh buang aje blog ni. Sebab update pun macam ada takda. Okay fine. ._. Bukan taknak update, macam2 kat kepala otak nak ditulis. Tapi semenjak purple tofu, laptop kesayangan dah meninggalkan diri ni (ayat takleh bla), takda feel nak update. Feeling update guna laptop orang lain ngan laptop sendiri tu lain. Huhu. :'(

Pejam kelip pejam kelip, dah masuk Tahun 3 untuk degree semester ni.

Alhamdulillah, hasil sokongan keluarga, PA, rakan2, dan pemberi2 semangat tegar, dapat jugak lepas masuk sampai tahun 3. Senior weh senior. Hahaha. Lame. I know. Start dari semester ni, banyak yang perlu di usahakan. Pointer nak kena baiki lagi. InsyaAllah. Si kakak suruh sambung Master, acane nak sambung master pointer ciputt je. Hahaha. Dengan harapan, boleh menjadi lebih rajin untuk berusaha lagi 4 baki semester yang tinggal ni.

Mungkin sekarang tak boleh nak update blog selalu. Sebabnya, ketidakadaan laptop di sisi. Hahaha. Harus meminjam dong, leceh pulak la kan. Let's see. Marilah kita bercerita panjang sikit, sebab dah lama tak update.

Raya 2013 (August 2013)
Raya tahun ni suram sikit, ye la kan, keluarga tak complete. Masing2 pergi raya tempat lain. Satu raya kat UK, dua lagi raya rumah mak mertua. Huhu. Raya dengan mama abah ngan adik je. Makan tetap makan ye. Bila raya dekat Melaka memang tak boleh nak bantu lah tang makan tu. Memang uncontrollable huahua. Sampai sekarang, dah sebulan selepas pun still gemuk. K. Gemuk itu bahagia takpe. Ecehh. Padahal kecoh bising gemuk gemuk. Heh. Biasa lah kan, lepas raya, siapa je tak gemuk. Makanan sesedap kot. Raya cuti seminggu je, sempena ada AK yang perlu di selesaikan. Menyampah, tapi 'SAYANG' UTeM haha. ._. Lepas seminggu, AK lagi seminggu pastu abes, SAMBUNG RAYA! Beraya sakan budak2 sekolah. Dapat jumpa mereka ramai2! ♥
Ok, gemuknya diriku. Mama comel. hahaha. :3
gambar terpotong, ._.


Amali Kejuruteraan (June-August 2013)
Ohhh AK, abes cuti sem aku, kau amik semuanya. Kau fikir kau siapa. Hahaha. Alhamdulillah, dah selesai dah pun AK dengan jayanya. Report yang melampau2 banyak tu pun dah hantar, settle semua. AK ni, kira short semester untuk kitorang budak tahun 2 kat UTeM ni, wajib amik benda ni. Ada 2 subject, satu Lab session, satu Report tu lah. Dua2 memang sangat menyusahkan to be honest. Macam2 pulak nak kena buat itu ini dalam 3 bulan tu. Kalau tak amik short semester ni, nanti takleh buat Latihan Industri, praktikal tu. Takmau ah nak extend2 bagai. Atiya dah tunggu kat UK haha. :P Walaupun AK ni menyusahkan, tapi banyak pengalaman dah dapat sepanjang program tu. Berguna jugak lah. Kenal la sikit2 benda2 baru kan. Yang tak syok nya takda cuti je lah. Tapi AK tu sangat penuh dengan pengetahuan2 nak jadi ENGINEER la kononnya kan. Hahaha. Last AK ni awal sikit. Dapatlah merasa cuti 2 minggu.
1. Student takda lab lepas check jadual, lepak kat Planetarium Melaka
2. Lab FKEKK, lab bergambar. Hahaha. Iktisyam, why ._. Suka merosakkan gambau.


Early September 
oh oh oh, This is a MUST to be written here. Me, Rus and her friend went to see Yuna's concert along with the National Orchestra which I fancy in Istana Budaya. It was just simply AWESOME! Eventhough I didn't study much her new songs, it still blown me away. Yuna was just awesome. Her voice is beautiful! :3 It was Rus's friend treat. Mekasih bebanyakk. 6 September 2013. *tetibe tulis english*

Thankyou Rus for this pic. Haha. Tak ada gambar ngan Rus yang decent.
Polaroid tertinggal kat Melaka.
Started Year 3 of degree on 9 September 2013. 9 September tu jugaklah, birthday Kancil! ♥
Happy 21st Birthday. Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki ye Muhammad Iktisyam. Makan lebih sikit boleh tak? Lebih banyak pun takpe. Ni arahan. Hahaha. Mohon jadi gemuk sikit.  *tetibe melayu balik* :O Haha. First week semester baru ni,  tak banyak progress sangat pun.
Subject semester ni :
  1. Control System 2
  2. Engineering Material 
  3. Engineering Graphics
  4. Technical Communication
  5. Micro-controller 
  6. Electro-Mechanical System.
  7. Lab  (Lab ape tak ingat. haha.)
Killer subject sem ni rasanya Control 2 ngan Micro-C. Huhu, risau jugak la semester ni, setiap sem pun risau bagai, tapi takda beza pun. Haha. Tapi tapi, harap2 sem ni ada beza sikit. Harap rajin sikit. Sikit pun cukuplah. Huhu. Lecturer2 so far, okay kot. Ada lah jugak yang menghampakan sikit, tapi boleh kot. InsyaAllah. :D Semangat semester baru, awal2 ni memang lah membuak2. Berharap kekal sampai abes. Haha. Plan macam nak repair Circuit 2 semester ni, tapi tak check jadual lagi. Kalau tak clash, insyaAllah amik la kot. Banyak la pulak kan kena study ._. Takpe2. Usaha tu yang penting. がんばって みんな! 

Tuesday, August 28, 2012

ZE OPENHOUZE!

Sunday,
26th August 2012
My houzeee.

Assalamualaikum and hello! So as I stated on previous post, I invited my friends to my open house for HARI RAYA. Surprisingly, many of my friend came. Haha, to be exact my friends was the most part of the guests that came. Anyways, it was fun to meet up with old school friends, some that I have been lost contact. Sorry to those that I barely remember your names. It's been years! And my memories just suck. HIHI. The theme of the food is basely on SOUP. So there were Nasi Ayam, mee hoon and kuey teow to eat with the soup, Sup Ayam/ Sup Tulang! There's some more other food that my parents cook, and of course, KUIH RAYAA! :)

Anyways! I would like to thank each and everyone of you who came to ze openhouze last sunday. Those who couldn't make it, there's always next time, insyaAllah. :)

TAKE 1! LOL, I didn't notice there's BIGBANG's T.O.P in this picture. Cc: Hadi

Take 2~! WAWAN Juling. 

TAKE 3! CANDID! Haha Oppa Gangnam Style. Also, a creeper spotted. -..-
Only pictures that are taken. Sorry for those who didn't manage to be captured. HAHA. These were taken by ze BROTHER. Thank you, abang. I hope after this I'll be updating my blog more often. InsyaAllah. Me iz done typing! Assalamualaikum and have a great Raya everyone! :)
Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum. :D
Dah 3 Syawal 1433h. Tak pernah nak tahu nak update blog ni dengan apa.
Ni gambar raya pertama.



Okay, sepatutnya tema tahun ni warna oren,
Tapi ada masalah sikit so ramai2 pakai baju time wedding abang. HAHA.

Raya pertama bangun, terus pergi sembahyang raya. Balik salam-salam semua. Pastu terus gerak pergi rumah Along kat Rawang. Makan bergedil yang first class punya kesedapan. Dah beraya kat rumah Along, balik rumah rehat2 kejap. Baru tukar baju oren pastu balik Melakaa! Sampai gi beraya umah Mektam. LONTONGG! Sedaaap. Jalan depan sikit dah rumah baru Achik ! Ada nasi minyaaak. HUUU. Dah salam, makan, semua. Gerak gi rumah Mak long kat Batu Berendam pulak. Uhh wajib pergi umah maklong sebab kuey teow dan mee goreng wajib di makan time RAYA. :D Satu hari melantak je kerja.

Visit semua dalam satu hari je. Sebab mama kerja. HUHU. Kemudian baru start raya balik. HEHE. Takyah risau la kan, ada satu bulan raya lagi pun.

Oh. Pengumuman.

26 August 2012 / 8 Syawal 1433 
Rumah Terbuka kami! :)

Siapa yang sudi datanglah, contact saya ye untuk alamat~

Selamat hari raya aidilfitri, Maaf zahir dan batin! Semoga menyambut hari raya tahun ini dengan meriah disamping keluarga tersayang ♥ Assalamualaikum semua!
Monday, August 29, 2011

Bila Ramadan pergi..

Shawal tiba.

Que lagu raya!
Warnaa warniii di aidilfitrii!! lalalala
Suara sumbang nak nyanyi-nyanyi pulak kan? Sekarang sudah pun masuk Ramadan ke 29. Dan kemungkinan besar, kita akan menyambut Shawal pada hari esok. So! Saya disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Eh? Raya je? Taknak mintak ampun ke? Hihi. Juga ingin meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. :) Maaf zahir dan batin ye? Tak tau ke zahir ngan batin tu apa? HAHA! =__= sengaja nak memanjangkan post. Zahir tu, saya tertolak siapa2 ke jatuh berdebuk luka2 ke, atau pun kemalangan yang disebabkan oleh saya, ampun maaf dipinta. Kalau ada la, kalau takda pun mintak maaf jugak lah. Batin pulak, siapa yang tersentap, butthurt, tersinggung, menanggung masalah mental sebab melayan saya atau pun apa2 la perasaan yang tidak baik yang telah saya wujudkan di dalam diri korang ke kan, maafkan saya. Sesungguhnya besar pahalanya untuk kemaafan. Semoga Allah berkati anda semuaa hihi. :) EH KEJAP, asal post ni macam dah raya la pulak =.= TAKPE! Proceed.

Kepada yang akan pemandu untuk pulang ke kampung, jangan drive laju-laju. Bahaya. Lagi satu, nanti ada helicopter pasang siren suh perlahankan kenderaan, betul! Tak tipu. Ada orang berita cakap tadi :). Perjalanan harus selamat. Kalau dah tak boleh sangat nak bawak slow tu, kena sangat berhati-hati. Kat tv tu belum raya pun lagi, dah banyak kemalangan yang dah occur. So kita yang masih belum bergerak ke kampung lagi, harus mengambil ikhtibar~ boleh rakan-rakan? *adik-adikku InsyaAllah boleh!* haha teringat pulak =.=". Biar lambat asal selamat. Ingat keluarga yang tengah tunggu kat kampung sinun. Okay? InsyaAllah, selamat sampai. Amin.

Next. Makanan pulak. pendek je laa. Dah malas la pulak nak tulis berjele jele =..=. Rendang, ketupat, lontong, semua sedap2. Tahu la eksaited nak makan kan? Doa jangan lupa, tercekik kang nahas pulak =.=" Makan slow2 macam drive kete jugak. HAHA! Mesti banyak gila makan raya ni HUUUHUUU! Isk! Tak boleh betul cakap pasal makanan nanti loose control ah. Hihi.

nomnomnom nyumm dedaaapnyaa. :9

Merapu je banyak, sudah-sudahlah,
Saya Aine Ilina Binti Tarmizi, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, untuk semuaaa orang! Tak kira laa, Cina ke, India ke, :) Kita semua patut sambut sama2, kata SATU MALAYSIA? Dan saya hampir lupa, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54! :)

Ni kira kad raya la untuk manusia-manusia ni:
Mama, Abah, Abang, Atie, Eda, Nani.
Azrul, Irynna, Rus, Siti, Farna, Hadi, Wawan, Lahh, Izmir, Athirah, Shakeera, Shafeeqa, Adilah, Ainan, Mahirah, Naim, Ain, Nabihah, Natra, Besar, Afiq, Mafarikha, Aisyah Liliana, Amalina Diyana, dan semuaa manusia yang bersekolah rendah dan menengah dengan AINE! :D
Alyaa, Shafira, Pika, Tikah, Puteri, Nurul, Habsah, Teddy, Hudzairi, Poiz, Shikin, Zue, Farah, Harith, Wafa, Peyuz, Bob, Muaz, Akmal, Daus, dan manusia KMS yang lain :)
Dan semuaaa manusia yang ada kat Semac Blogging Community tu.
Dan tidak LUPAAA~~. FOLLOWERS! <3

SAYANG MEREKA SEMUA ;D
Assalamualaikum. :)
Monday, August 15, 2011

Kuih Raya ♥

Rajin tak kalau saya kata saya buat kuih raya semalam? :D RAJIN KAN? haha! Tipu je ni, jangan percaya! Huhu, semalam bangun je tidur terus kena pergi Giant beli barang. PFFT. Dah bangun tu entah pukul berapa dah la kan? =.=. Bangun je dah bau aroma kuih dalam oven yang sangat sedap. Haha. Jadi, ada beberapa barang2 yang takda kat rumah tu, Mama suruh la saya pergi giant tu sekejap beli barang.

Shopping List
  1. Tray biskut 4
  2. Bekas simpan kuih tutup merah
  3. Kertas alas kuih warna putih (Dolley papers)
  4. Acuan biskut besi-besi
  5. Buah betik
  6. Pisang =.= (eda nak makan cekodok)
#memangsatudunianakbagitahu!

Beli beli beli, ada laa spent Rm80+. Tray biskut tu yang paling mahal! :O nak buat macam mana, tu je yang ada. :P hihihi. #belitaktengokharga. Lepas dah beli semua tu, baliklah ke rumah dengan hati yang puas hati sebab semua barang ada kecuali buah betik digantikan dengan longan besar-besar sedaaap. Jadi sebenarnya siapa yang buat kuih ni? haha! Mama yang buat adunan, Eda yang membentukkan. Ada la jugak tolong sikit buat kuih semprit! Semalam dapat dua jenis kuih, satu kuih apetah tapi ada kacang. Lagi satu kuih Semprit la! Nak tengok gambar tak? HAHA ni haa. :D

Ini bukan SAYA yang BUAT, Eda yang buat, cantikkan?
nak order? HAHA!

Dah siap bakar! :D

tu yang kat belakang dalam bekas banyak2 tu, kuih kacang :D
dah lupa nama sebenar dia apa -.- bentuk bintang!

Kuih ni semua resipi Mama dapat belajar kat office dia. Dulu masa saya muda2 ada jugak la selalu buat kuih raya, setelah bertahun tak buat. Tahun ni buat balik kuih raya. =.= Cakap macam dia pulak yang buat kuih2 ni. hihi. Sampai sini sahaja la. Kang merapu tak tentu pasal pulak.

Assalamualaikum! :)
Saturday, December 6, 2008

Selamat Menyambut...

**Hari Raya Aidiladha**

kpd Semua BLOGGER yang beragama ISLAM!~

=))
Saturday, October 18, 2008

Open House~

Going to Mahirah's open hse~!

can't wait to eat! HAHA
XD

ByeBye

[will edit soon =D]
Saturday, October 4, 2008

IM BACK~ XDD

im home~
lots pics to post~~!

starting from RAYA pics..
but didnt take Whole FAMILY PICS
cause Short 1 Person
my sis x de~~

RAYA PICS..
lazy to edit.. so this is all original~haha XD
My Photography.. haha ive been holding the camera
non-stop

On the way to Balik Kampung
this LIGHTS caught my EYES!!


preetyyy kan??

THE FIRST DAY OF RAYA PICS~

im not in them cos im the picture taker HAHA~
=D
mama and abah was wearing black~
didnt take photo tho~
we all was wearing.. as u cn see? PINK!!~
C=

Kuih RAYA~~

THE BUNGA API TIMES~!!


The EXPLOSION OF *mercun BOLA~

see? very DANGEROUS!!
Ony Adults CAN PLAY this..
(hehe i played it~)
=im still fine no INJURIES~=
=P
*alhamdulilah~



RANDOM~~


That's all for now~~
Till next post
=OThers Photos~~

ByeBye
Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya~!!

Selamat Hari Raya To ALL!!
Espeacially MUSLIMS~!
its Lemang, Ketupat and Rendang TIME!!

XDD
dis evening going to BALIK KAMPUNG~!!
yay~!!

TO My Sister di GLASGOW, atie::
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
sambutlaa di sane tu dgn gembira~
=D

Photobucket



That's ALL~!
till next POST~


BYEBYE


 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina