Showing posts with label pantai. Show all posts
Showing posts with label pantai. Show all posts
Monday, February 6, 2012

Pantaaaii! :D

Assalamualaikum.
WARNING, post panjang. Plus gambar, lagi panjang! HOHO
Weekend lepas pegi Port Dickson. Huhu. Pantaaii! Muka eksaited nak gi pantai:


Sabtu, 4 Februari 2012
Gerak dari Serdang lepas Zuhur. Jalan jalan jalan. Agak membosankan. Haha. SAMPAI! Terus nampak pantai yang sangat indah dipandang! SUKA GILAAAAA.. So! Sampai je Jalan Pantai kat PD tu, Terus cari Villa~ TADAAAA :



Erm, tak kisah la nak duduk memane pun kat PD ni, yang penting pegi PANTAI Hohoho. Sampai ke destinasi hampir pukul 4 centu. Rehat2 kan minda sebentar- environment shock? LOL. Haha dah rehat, lepas Asar, berarak bersama2 keluarga tersayang ke PANTAI! :3 Lintas jalan je. Tup, pantaaai <3





Snap snap picture. Menikmati angin sepoi2 bahasa, dan ombak rindu? LOL




Pulang ke villa, kerana Maghrib nak dekaat. Huhu. Lepak2 kat villa, makan, makan, dan makan. Tengok tv yang cinenot, kale fail, tapi ada KBS world. Sangat pelik, ya saya tahu. Mana datang channel tu pun tak tau. And the channel changes by itself -.- " Scarry much.

Okay dah. Malam tu gerak mencari makanan, untuk kelaparan yang di alami. Kat pantai, mestilah nak ikan bakar kann!? So bukak la tenet tengok kat mana ada. JUMPA Medan Ikan Bakar Port Dickson, google map it. JAUH GILA! 20+km from the villa. Cari tempat lain macam tak menarik, so drive je laa jejauh. Dah alang2 datang PD, nak la jugak rasa makan kat Medan Ikan Bakar dia. HOHO.

Drive jauh gila okay? Dah la malam, seram pun ada. Macam dia je yang drive -.- poyo.

Finally! SAMPAI! Bergegas ke Medan Ikan Bakar tersebut! Hoho. Serius agak kecewa sebab banyak pilihan. Huhu and masakan dia pun tak seberapa. Major kecewa. Huhu. Tapi tulah rezeki kami, Alhamdulillah :D Still Umbai is the BEST ! Haha. - Nak jugak pomot2

So pulang ke Villa dengan perut yang kenyang dengan selamatnya! Alhamdulillah. Balik je, lepak2 kat villa, tengok tv comel tu lagi, layan berihitam, dan kemudiannya tiduuuurr. Krohh krohhh.

Ahad, 5 Februari 2012
Lepas breakfast, lompat swimming pool kejap, swim satu meter. Pastu sejuk naik rumah balik HAHA. Lame, I know. Hihi. Lepas swimming, mandi, siap2 check ouuutt! Huhu. Pergi la singgah cari souviner kejap. Tapi takda yang menarik huhu. Beli refrigerator magnet je.

Makcik Pisang Goreng tu kata aku ngan akak aku yang 5tahun lebih TUA tu, KEMBAR. Terima Kasih makcik -.-"

Tetiba parents nak singgah rumah relative kat Melaka! Pegi Alor Gajah kejaap! Dah jumpa, makan lagi, haha tumpang solat pastu pulang ke RUMAH MANIS RUMAH. :D

Panjang nye cerita. Dah tulis detail sangat, sape suruh -.-" Kbai. Assalamualaikum! :D
Tuesday, January 10, 2012

Langit Biru.❤

Assalamualaikum semuaa! :D

Hihi tengok ah ittew update belog ittew. Haha sebab dah lepas paper susah gila kentang macam ni ah. Hilang segala beban yang berat. Last paper pulak 14hb ni. XD Sangat rileeekk. Bawak bertenang dulu. Otak dah tepu berlajar statics. Konon. Padahal malas. Eh tak boleh malas-malas. Okay, esok start! :D

Sejak kebelakangan ni, ceehh. Asyik tengok langit. Awan comel-comel langit BIRUUU :3 suka. Saya suka amik gambar langit. Haha. Tapi waktu siang ah, belum ada lens yang boleh nampak bintang lagi XD. Takda duit la saya. Malam-malam tidur pun sebelah tingkap, bukak tingkap tengok bulaaan ngan bintang HOHO. Terbaik. Entah kenapa tak takut pulak bukak tingkap malam2. Sebab pukul 2-3am centu baru bulan tu boleh nampak dari tingkap. :D SubhanAllah, CANTIK. <3

Acanefinalexamokayke?

Haha tanya jawab sendiri -.- *foreveralone*. Haha taklah, ramai je yang tanya. Huhu, so far, Alhamdulillah okay. Target macam dah lari sikit semester ni tapi takpe lah, tawakal ajelah. Huhu. Dah lama tak update dalam BM. Macam kekok pun ada HAHA. Nanti lain kali update dalam bahasa jepun pulak ah. *bajet* Haha. Tapi paper kegemaran final ni, memang paper jepun pun. :) Alhamdulillah.


Badan membengkak. -.-" Haha. Ni la term baru yang saya cipta.
Macam ni ahhh convo dia, konon berlakon kejap:

"Eh asal kau dah gemuk skang??"

Kan macam kejam so instead cakap la macam ni.

"Weh, asal badan kau membengkak doe??"  -.-"

Tak macam sopan sikit ke kalau centu ? Haha! Okay okay ini hanya satu gurauan. Jangan la ada yang terasa lak. Huhu susah nak pujuk kang. Alooo bucuk2. Ittew nak cakap yang ittew yang dah gemuk la! HAHA. Serius, Rabbit serius! *pinjamkucingnyetaglinelagi*. Makan tak benti-benti macam dah bertahun tak makan. Dahlah asyik lapaau je memanjang. Dah kenapa tah, nak kata buat aktiviti lasak takda la pulak kan, -.-"

Haha oh oh, last last! Kan haritu dah bagitau pergi jalan2 melaka kan? Huhu Kak NanaNadya jadi talent. Dia ni gila pose depan camera. Bagus betul :P Cuma kayuu sikit laa Hihi :3 Masa jalan2 tu serius seronok pegi tengok2 tempat yang tak pernah jejak pun kat Melaka ni. Haha kata je kampung kat Melaka bagai, tapi tak tau pape -.-"

Ni salah satu karya photography saya masa photoshoot tu. Ececehh "karyaa" -.-"


Bertempat di Pantai Puteri, Melaka :D Okay, nak tengok lagi pergi kat Facebook dah upload. Comment la ye apa patut. Kritikan di alu alukan. Saya ni budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Dah kenapa siap letak pantun? -.-" Heh.

Okaylah tu je untuk post kali ni. :)
Terima kasih kepada pembaca yang selalu jenguk2 blog ni <3
Assalamualaikuum semuaaa !
 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina