Rajin tak kalau saya kata saya buat kuih raya semalam? :D RAJIN KAN? haha! Tipu je ni, jangan percaya! Huhu, semalam bangun je tidur terus kena pergi Giant beli barang. PFFT. Dah bangun tu entah pukul berapa dah la kan? =.=. Bangun je dah bau aroma kuih dalam oven yang sangat sedap. Haha. Jadi, ada beberapa barang2 yang takda kat rumah tu, Mama suruh la saya pergi giant tu sekejap beli barang.
Shopping List
- Tray biskut 4
- Bekas simpan kuih tutup merah
- Kertas alas kuih warna putih (Dolley papers)
- Acuan biskut besi-besi
- Buah betik
- Pisang =.= (eda nak makan cekodok)
Beli beli beli, ada laa spent Rm80+. Tray biskut tu yang paling mahal! :O nak buat macam mana, tu je yang ada. :P hihihi. #belitaktengokharga. Lepas dah beli semua tu, baliklah ke rumah dengan hati yang puas hati sebab semua barang ada kecuali buah betik digantikan dengan longan besar-besar sedaaap. Jadi sebenarnya siapa yang buat kuih ni? haha! Mama yang buat adunan, Eda yang membentukkan. Ada la jugak tolong sikit buat kuih semprit! Semalam dapat dua jenis kuih, satu kuih apetah tapi ada kacang. Lagi satu kuih Semprit la! Nak tengok gambar tak? HAHA ni haa. :D
Ini bukan SAYA yang BUAT, Eda yang buat, cantikkan?
nak order? HAHA!
Dah siap bakar! :D
tu yang kat belakang dalam bekas banyak2 tu, kuih kacang :D
dah lupa nama sebenar dia apa -.- bentuk bintang!
Kuih ni semua resipi Mama dapat belajar kat office dia. Dulu masa saya muda2 ada jugak la selalu buat kuih raya, setelah bertahun tak buat. Tahun ni buat balik kuih raya. =.= Cakap macam dia pulak yang buat kuih2 ni. hihi. Sampai sini sahaja la. Kang merapu tak tentu pasal pulak.
Assalamualaikum! :)
4 hopped:
panda dah lama tak buat kuih raya ;'<
haha sama lah kita, ni pun mama macam bersemangat nak buat :D
aaarggggggh ! nk semprit ! kat rumah elok2 ade 5-7 tin, skang dah tinggal satu jeh ! satuuuuuuuu !
Wawan makan semprit macam makan nasi kerr?!? =.="
Post a Comment