Sunday, April 15, 2012

Mid-Semester BREAK!

Assalamualaikum dan salam satu dunia blogging. :)

Okay, dah janji nak post bila pertengahan semester cuti dah nak abis kan? *directtranslationfromenglish* LOL Tak senonoh betul perangai tulis bahasa berterabur isk isk isk. Okay. Post ni mungkin akan ada ke-campuraduk-kan bahasa melayu ngan english. Harap Maklum. Huhu.

Jadi~ nak kena cerita dari weekend lepas sampai hari ni ke? -.-"

Okay lah long story, short. Balik2 je haritu, terus singgah Wangsa Walk nak settlekan Abang punya Kad Kahwin, OH YES! For your information, my brother is getting married this 17th of June. Masa tu saya sepatutnya tengah study week rasanya. -.-" Tak boleh nak study last minute la cani :( Elehh, cakap je, ended up study last minute jugak. HOHO. Kembali ke pangkal jalan cerita tadi, kat wangsa walk, beli casing BB baruuu. I'm wearing the purple one! :D Banyak kot kat Wangsa walk. Teehee. *mukabahagia*

Alaa, takkan nak cerita detail sangat. Haha. Yang penting! Kebanyakkan masa di habiskan untuk TIDUR. Tidur je memanjang, adoyai. Tak tidur, makan, tak makan, tidur. HAHA. Okay gemuk. Saya tahu -.-' Satu minggu ni, study tak langsung okay? Rasa bersalah? Ada laa sikit. Sikit. HAHA. Apa nak jadi ni Aine oiihh. Huhu.

Okay! Went to the dentist to do SCALING. NYILUUUU. Hewhew. Kena marah ngan doktor sebab dah lama tak scaling. And borak2 sikit ngan doktor tu, comel gila dia :). Kecik je orang nye, macam bebudak je. Dah sakit sakit gigi tu boleh pulak lagi makan McFlurry Horlicks tu, sebab gian sangat nak rasa, ye la kan, benda baru. HAHA. Call McD semata2 nak order McFlurry HAHA! Cool gila an? HOHO.

Satu minggu ni memang melahap je la kan, semua benda aku makan *dah mula dah pertukaran kata nama* -.- Tadi, pegi IKEA MEAATBALL! Ada 10 biji meatball tengah terapung2 kat dalam perut ni haa. Sedap gilaa. Mesti ramai yang jeles. HIHI. *kejam* Alhamdulillah. Terubat rindu nak makan benda tu :D Apa lagi aku makan? Errmm. Maggie! Dah lama tak makan megi masak atas stove haritu sanggup tinggal kat rumah sensorang taknak keluar semata2 nak masak megi tahu? HAHA!

OH OH, haritu ada shopping jugaakk.

Ni yang nak cerita pasal kematian purse merah jambu ku.
(start berdrama) Pada suatu hari yang hening. Aku teringat yang purse pink aku yang ber-material-kan cotton itu sudah hapak, kotor, dan berbau MILO.. Aku pun terasa ingin untuk (teruknya ayat) mencuci purse tersebut. Dengan hati yang ikhlas dan bahagia aku ingin purse tersebut menjadi bersih, wangi dan suci murni semula. Aku pun mengeluarkan isi2 purse tersebut, dan merendamnya kedalam solution VANISH di dilute dengan air la tapi. Kang hilang pulak purse aku tu -.-" Lepas tu, aku biarkan semalaman, keesokkan harinya, aku perasan terdapat satu lubang menembusi purse tersebut. Rupa-rupanyaaa! :( Aku lupa nak keluar kan kunci locker! Waaaa T_T Chemical reaction kunci tu punya karat ngan vanish telah corrode-kan material purse aku tu. Kesedihan yang teramat. Tamatlah riwayat purse tersebut, kerana telah berlubang. (end of drama) Separuh daripada reader mesti tak baca sampai sini, sebab dah nek menyampah -.-" HAHA.

Jadi, dengan drama di atas, sila catit moral of the story okay? Cari la sendiri okay, malas nak gitau moral tu. Haha. Mama belikan purse baru! Design serupa macam yang lama, tapi warna dan corak berbeza :) Thankyou mama. <3 Purse baru pun nak bagitau dunia. Japgi orang usha pulak purse aku nanti. Eleeh, bajet purse mahal je. Haha. *cakap dengan diri sendiri*

Rasanya itu sajelah kemerepekan tentang cuti pertengahan semester saya, hihi panjangnya post ni, boleh buat cerpen la saya :P Ayat tungang langgang teringin nak buat cerpen, HEH. *cakap dengan diri sendiri... lagi.* Gambar, memang takda hihi. Malas punya pasal.
Assalamualaikum dan selamat malam wahai pembaca2 memalam buta ni. <3

0 hopped:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina