Assalamualaikum and salam satu blogger.
Sejak quote 1Malaysia tu wujud, semua nak ada satu kat semua benda. Sampai huruf I pun dah tak perlu lagi. Nasib huruf I yang sangat menyedihkan. :( Tak begitu?
Dah off-topic. Eh kejap, asal panas eh harini? Pasang A/C sekejap.
Jadi, apa yang dinanti-nantikan sangat ni? Aine nak kahwin dah ke? Aine nak berhenti belajar ke? :O Okay itu bukan, dan semestinya bukan nak tulis pasal Naki. Cukuplah sekadar type nama dia sikit kat sini. Bangga la tu. Ini gara-gara takda idea nak update blog, tanya TL kat twitter HOHO. Naki sibuk suruh selit2 kan nama dia. Okay dah ada tu cukup la. :P Kembali ke pangkal jalan, so rasa-rasanya apa? Haha. Semestilah, bulan RAMADHAN yang hampir tiba.
Eh? Sebelum ni tak pernah nak kisah pun bulan Ramadhan. Tahu nak raya je. Huhu
Hahaha. Sejujurnyalah, memang masa dulu2 kita taktau sangat nikmat bulan Ramadhan ni. Selepas beberapa tahun. Baru la sedar kenapa ramai muslim mengejar kenikmatan bulan Ramadhan ni. Ye la kan, masa kecik di ajar kena puasa. Tahan lapar sampai maghrib. Selain daripada tu, syaitan kena gari. Tapi tak pernah nak ambil tahu kenapa, untuk apa. Pemikiran masa tu, hanya pikir, oh bulan Ramadhan, kena puasa. And that's it. Memanglah nikmat kemenangan semasa dah berbuka tu sangat best, tapi itu sahaja.
Tapi apa yang kita tak tahu tentang bulan Ramadhan?
Bulan Ramadhan bulan untuk kita meneliti mengenali diri kita sebenar. Kekuatan diri sendiri untuk menahan nafsu. Sebab masa ramadhan tak ada dah syaitan nak goda-goda bagai. Jadi kalau buat benda bukan-bukan tu 100% dari diri sendiri. Selain kalau ada kawan duk buat kerja setan duk menggoda. Jangan ingat benda ni tak wujud okay. Ada je di kalangan kita. Kena ingatkan diri sendiri jugak. Huhu.
Pintu-pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka luas. Masa bulan Ramadhan ni la, kita nak menguatkan balik iman kita yang kejap naik kejap turun ni. Huhu. Latih diri untuk buat amalan yang baik sepanjang bulan tu. Kalau tak silap la, kalau lakukan rutin yang sama selama 30hari, rutin tu akan melekat sampai bila-bila. Jadi, cubalah try baca Qur'an hari2. Bukan time Ramadhan je, esok pun dah boleh mula. Cuma bila dilakukan pada bulan Ramadhan, ganjarannya digandakan berkali-kali. InsyaAllah. Berusahalah mencari malam lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan nanti. :)
Ni bukan cuma peringatan untuk semua, tapi untuk diri sendiri jugak.
Manusia kan, kita sering lupa, harini update macam ni, esok nanti lupa apa yang sendiri tulis tu. Sebab tu la kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sering mengingatkan kita tentang benda2 ni. Memang kena sering diingatkan. Itu normal. :)
Seronok kot bulan Ramadhan, masa tu lah, mengeratkan keluarga dan rakan-rakan. Buat iftar, berbuka ramai-ramai. Haha. Makan tu yang menyeronokkan. Haha teruk betul. -.-" Pastu semua orang suka gila benda ni bila Ramadhan datang. Haha. BAZAR RAMADHAN laaa~ Masa ni la diuji dengan banyak gila jenis makanan, kuih muih. Mesti rambang mata nak ni nak tu. Pastu beli banyak2, makannya sikit je masa berbuka. Kalau makan tak pe, bukan nak melarang pun. Cuma jangan membazir. HABISKAN JUGAK! HAHA. Orang tamak selalu rugi. Tetiba selit tak tentu arah betul post ni. LOL.
Mak aih, baru lepas scroll, panjang bebenau la pulak post ni.
Naki yang bagi idea suruh post pasal puasa. Apa-apa pun thank you. Haha. Kecoh nau. :P Jangan buat baik time Ramadhan je, keep it up sampai bila2 amalan yang kita duk asyik buat tu. InsyaAllah, kalau kerana Allah banyak ganjarannya di akhirat kelak. :D Renung-renungkan dan selamat beramal! LOL tagline orang pun aku curi. HAHA.
Harap-harap tak lembik ah masa Ramadhan nanti. Kuatkan diri ! YEAAAHH<-- jeritan semangat
LOL. Alaa, baru puasa kan, belum suruh pergi berperang betul2 lagi. Ni baru berperang dengan nafsu. Boleh punya. InsyaAllah. :)
Baru lepas dinner. Hahaha. Publish was delayed. Sedap gila mama masak tadi HOHO.
Okay. Tu je, cari gambar tadi macam tade la pulak. Jadi tak bergambarlah post ni. Macam biasa. HAHA. Assalamualaikum dan selamat malam semuaa! <3
Thursday, July 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 hopped:
Post a Comment