Entah kenapa bila masa dah lewat, mata dah pedih mengantuk, masa tu la terpikir nak update blog ni. Pelik bukan? Tapi biasa lah tu, semua blogger pun sama je rasanya, waktu-waktu yang tak sepatutnya la idea nak mencurah-curah, ye dak? YE KE TIDAAK!? Jawab la. Haha. Okay melampau. *type sambil terbatuk2 ni* Tadi senyap je batuk ni, masa nak update belog ni lah dia nak muncul.
Tinggal seminggu setengah je lagi sebelum semester baru bermula. Jadual pulak keluar minggu depan. Aduyai. Kedengaran akan sibuk semester akan datang ni. Semoga dapat diredah dengan jayanya. Amin. Bila masuk sem baru, mesti ada target baru, azam baru kan? Tapi semua tu sekejap je bagi aku. Sampai midsem dah lupa azam. Terapung-apung entah ke mana. HIKHIK. Teruk kan? Sama ada start semangat dari mula, akhir hancur, atau start dari tengah, akhir okay, awal hancur. Semangat tak berterusan langsung. HEH. Kalau dah macam tu, terpaksalah kena buat reminder hari2. Kalau tu pun tak jalan. Haha. Duduk rumah cuci pinggan je la Aine oiih. Huhu. Nampaknya banyak yang perlu diperbaiki. Hmmm.
Sesama la kita berusaha ye. InsyaAllah. BOLEH! *Adik-adikku! InsyaAllah boleh!* HAHA Sempat lagi. Oh, dah mengantuk tahap maksima dah ni.
Ini comel gila okay. :3 Selamat tidur. |
Assalamualaikum dan senyum selalu!❤
p/s: penutupan secara tiba2 kerana mengantuk yang amat
2 hopped:
dtang idea time nk tidur kire ok lagi tapi kalau time solat tu parah
Woah, tu belum pernah terjadi lagi HAHA.
Post a Comment