Assalamualaikum,
Dah lama tak menulis rasa kekok. Ada yang dah bising suruh update blog bagai. Ada yang siap perli suruh buang aje blog ni. Sebab update pun macam ada takda. Okay fine. ._. Bukan taknak update, macam2 kat kepala otak nak ditulis. Tapi semenjak purple tofu, laptop kesayangan dah meninggalkan diri ni (ayat takleh bla), takda feel nak update. Feeling update guna laptop orang lain ngan laptop sendiri tu lain. Huhu. :'(
Pejam kelip pejam kelip, dah masuk Tahun 3 untuk degree semester ni.
Alhamdulillah, hasil sokongan keluarga, PA, rakan2, dan pemberi2 semangat tegar, dapat jugak lepas masuk sampai tahun 3. Senior weh senior. Hahaha. Lame. I know. Start dari semester ni, banyak yang perlu di usahakan. Pointer nak kena baiki lagi. InsyaAllah. Si kakak suruh sambung Master, acane nak sambung master pointer ciputt je. Hahaha. Dengan harapan, boleh menjadi lebih rajin untuk berusaha lagi 4 baki semester yang tinggal ni.
Mungkin sekarang tak boleh nak update blog selalu. Sebabnya, ketidakadaan laptop di sisi. Hahaha. Harus meminjam dong, leceh pulak la kan. Let's see. Marilah kita bercerita panjang sikit, sebab dah lama tak update.
Raya 2013 (August 2013)
Raya tahun ni suram sikit, ye la kan, keluarga tak complete. Masing2 pergi raya tempat lain. Satu raya kat UK, dua lagi raya rumah mak mertua. Huhu. Raya dengan mama abah ngan adik je. Makan tetap makan ye. Bila raya dekat Melaka memang tak boleh nak bantu lah tang makan tu. Memang uncontrollable huahua. Sampai sekarang, dah sebulan selepas pun still gemuk. K. Gemuk itu bahagia takpe. Ecehh. Padahal kecoh bising gemuk gemuk. Heh. Biasa lah kan, lepas raya, siapa je tak gemuk. Makanan sesedap kot. Raya cuti seminggu je, sempena ada AK yang perlu di selesaikan. Menyampah, tapi 'SAYANG' UTeM haha. ._. Lepas seminggu, AK lagi seminggu pastu abes, SAMBUNG RAYA! Beraya sakan budak2 sekolah. Dapat jumpa mereka ramai2! ♥
Ok, gemuknya diriku. Mama comel. hahaha. :3 gambar terpotong, ._. |
Amali Kejuruteraan (June-August 2013)
Ohhh AK, abes cuti sem aku, kau amik semuanya. Kau fikir kau siapa. Hahaha. Alhamdulillah, dah selesai dah pun AK dengan jayanya. Report yang melampau2 banyak tu pun dah hantar, settle semua. AK ni, kira short semester untuk kitorang budak tahun 2 kat UTeM ni, wajib amik benda ni. Ada 2 subject, satu Lab session, satu Report tu lah. Dua2 memang sangat menyusahkan to be honest. Macam2 pulak nak kena buat itu ini dalam 3 bulan tu. Kalau tak amik short semester ni, nanti takleh buat Latihan Industri, praktikal tu. Takmau ah nak extend2 bagai. Atiya dah tunggu kat UK haha. :P Walaupun AK ni menyusahkan, tapi banyak pengalaman dah dapat sepanjang program tu. Berguna jugak lah. Kenal la sikit2 benda2 baru kan. Yang tak syok nya takda cuti je lah. Tapi AK tu sangat penuh dengan pengetahuan2 nak jadi ENGINEER la kononnya kan. Hahaha. Last AK ni awal sikit. Dapatlah merasa cuti 2 minggu.
1. Student takda lab lepas check jadual, lepak kat Planetarium Melaka 2. Lab FKEKK, lab bergambar. Hahaha. Iktisyam, why ._. Suka merosakkan gambau. |
Early September
oh oh oh, This is a MUST to be written here. Me, Rus and her friend went to see Yuna's concert along with the National Orchestra which I fancy in Istana Budaya. It was just simply AWESOME! Eventhough I didn't study much her new songs, it still blown me away. Yuna was just awesome. Her voice is beautiful! :3 It was Rus's friend treat. Mekasih bebanyakk. 6 September 2013. *tetibe tulis english*
Thankyou Rus for this pic. Haha. Tak ada gambar ngan Rus yang decent. Polaroid tertinggal kat Melaka. |
Happy 21st Birthday. Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki ye Muhammad Iktisyam. Makan lebih sikit boleh tak? Lebih banyak pun takpe. Ni arahan. Hahaha. Mohon jadi gemuk sikit. *tetibe melayu balik* :O Haha. First week semester baru ni, tak banyak progress sangat pun.
Subject semester ni :
- Control System 2
- Engineering Material
- Engineering Graphics
- Technical Communication
- Micro-controller
- Electro-Mechanical System.
- Lab (Lab ape tak ingat. haha.)
Killer subject sem ni rasanya Control 2 ngan Micro-C. Huhu, risau jugak la semester ni, setiap sem pun risau bagai, tapi takda beza pun. Haha. Tapi tapi, harap2 sem ni ada beza sikit. Harap rajin sikit. Sikit pun cukuplah. Huhu. Lecturer2 so far, okay kot. Ada lah jugak yang menghampakan sikit, tapi boleh kot. InsyaAllah. :D Semangat semester baru, awal2 ni memang lah membuak2. Berharap kekal sampai abes. Haha. Plan macam nak repair Circuit 2 semester ni, tapi tak check jadual lagi. Kalau tak clash, insyaAllah amik la kot. Banyak la pulak kan kena study ._. Takpe2. Usaha tu yang penting. がんばって みんな!
1 hopped:
Yeaay! Guna pun gmbar cntik tu, hihihi.
Post a Comment