Friday, April 20, 2012

Sudah setahun berlalu.

Assalamualaikum dan salam satu rebitpage.

Eh, korang tahu classmate aku kata dia konpius KMS tu untuk Kolej Matrikulasi Selangor atau Kolej Mara Seremban hewhew. Apa2 pun hashtag #KMSmemories tu untuk penuh kat TL aku sebab masuk harini dah setahun warga SeMaC (untuk menghilangkan kekonpiusan) tinggalkan tempat tu. Macam2 la diorang duk tweet kat twitta tu, tersemat rasa rindu yang amat, eceehh ayat. -.-" Masuk trending list sekejap je la tapi, tapi still. COOL kot.

Nickname rabbit tu pun asalnya budak2 matrik jugak lah yang start panggil. Sebab aku bawak patung rabbit drama GOS tu melekat kat beg ke merata. HAHA. Rindu cafe carina, budak2 bilik, koop, dewan antares yang panas tu, dataran kosmik, dewan kuliah sejuk macam kat London, squash court tempat lepas geram petang2. Bilik tingkat bawah, takyah naik tangga. Sebelah koop ngan kafe lagi. Hahaha!

Rindu budak2 practicum yang PERANGAI UNIK2 belaka. Haha.

Okay, tetiba malas pulak nak tulis pepanjang, yang penting, rindu gila kat matrik selangor tu. Balik tiap minggu itu mesti time matrik dulu HAHA. Nasib perangai tu dah kurang kat sini. -.- Melayang study aku nanti. Jadi, ni lah post sempena setahun setelah graduate dari matrik selangor. :)

Bosan senanye ni, daripada aku tulis post panjang2 baik aku gi buat assignment yang melambak tu.
Assalamualaikum dan semoga sihat sentiasa semua.

1 hopped:

abgDude a.k.a kai said...

setahun sudah berlalu...
febuari muncul kembali...

ehhh nyanyi pulak...
memang bestkan kenangan2 dlu..
sukar untuk dilupakan..
lagi2 kenangan manis...
dan tak lupe gak kenangan pahit..

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina