Tuesday, July 17, 2012

Bila rebit tekun nak mampus.

Assalamualaikum dan salam satu rebitpage untuk semua! :D

Haha ayat tajuk macam teruk gila. Tapi itulah kebenarannya. HAHA
Apa lah yang si Rebit ni duk tekun buat tu? HAHA.

Ni ha!
Pre-sen-te's Painting by Number Kit! <3
Tu la apa yang si rebit ni duk tekun mewarna je kerja dia 2-3 hari ni. HAHA. Tekun sampai orang cakap pun jawab ahh, haa? apa dia? LOL. Painting kit ni beli kat kedai besar dia kat Ikano Power Centre haritu. Kedai tu dekat sebelah foodcourt. Tapi benda ni dah banyak dah, kat mana-mana pun ada. Saja beli nak menghabiskan masa yang banyak gila ni. HAHA. Menganggurkan, biasa lah. Dulu selalu jumpa kat Melaka, memang teringin nak beli macam awesome gila kan, pastu dah jumpa ni terus beli, sebab duduk rumah pun tade benda sangat pun nak buat cuti ni.

Kit yang atas ni, besar gila nak mampus okay, cuba la tengok nombor2 kecik2 kat bawah tu. Memang lama la duk mengadap benda ni je nanti. HOHO. Oh oh, Eda pun tolong jugak, tapi dia nak warna-warna yang cantik je. HAHA yang hijau ke coklat ke dia taknak. Yang menarik je. Haha tak boleh bla, bila tah nak siap. Tercabut pinggang buat benda ni oh, nak mencari nombor bagai. HUHU. Tapi bila dah nampak sikit gambaran dia macam gembira gila LOL. Eksaited betul. Kalau la aku study setekun mewarna benda ni, mesti dah empat rata dah. HAHA ini serius! 

Akan terus mengupdate gambar painting ni sampailah siap. HUHU. 

Siapa yang teringin nak try painting kit ni jugak boleh la keluar rumah tu mencari kit ni. Jusco ada rasanya. Eh entahlah. Kiosk pun banyak rasanya kat mana-mana pun. HAHA. 
Apa-apa pun tekan ni kalau nak lompat ke laman web -----> Pre-sen-te

Okay, tu je la untuk hari ini. 
Assalamualaikum dan semoga ceria selalu!

2 hopped:

Annisa mulia said...

Beautiful painting :)

aine ilina said...

Thankyou :)
All thanks to the numbers and lines :B

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina