Tuesday, July 12, 2011

dah terlampau bosan sangat

Peace cannot be kept by force It can only be archived by UNDERSTANDING
-Albert Einstein

okay, tak ada kena mengena pun quote kat atas ni. (sebenarnya ada maksud tersirat) #konon
kesian belog ni tak di update oleh owner dia yang pemalas ni. So, tengah-tengah makan biskut fames amos ni, saya update la blog ni kejap. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa ni, tapi orang cakap bila dah start menetaip tu baru datang idea- mana ada siapa-siapa cakap ni pun. Okaylah, sekarang ni dah hampir mati kutu kat rumah ni taktau nak buat apa. Sorrry sikit eh, saya takda kutu. =.=

I am kuki monstaa~ famesamos sedaap :D

Aine Izzaidah pun telah meninggalkan rumah, pulang ke Shah Alam :( duk umah keseorangan, melantak dan menternak lemak bak kata Arai yang kejam. Sabau je le. Nak tengok drama, macam semua drama best dah takda kat dunia ni. Eh kejap, City Hunter kan ada? Oh baru tengok episode satu. Hmm Lee Min Ho hensem gila okay :D HOT!. Terjerit-jerit tengok dia kat dalam tv siaran ONE HD~ Lee Min Ho kan, siapa je tak kenal. Alaa yang berlakon dalam BOF jadi Gu Jun Pyo yang AWESOME tu. Nanti nak sambung tengok City Hunter laa :D, tunggu kat TV macam lembab sangat la pulak. Mengada-ngada tul. Okay la, decided tengok City Hunter nanti. Hmm

alololo comelnya rabbit tuu :D

Rasa macam nak bela rabbit, nak buat kawan la katakan, daripada main Bunny Shooter membunuh kaum je baik ternak rabbit, bagi beranak pinak, pastu dah banyak-banyak kalekanlah mereka warna pink, pastu boleh buat set macam dalam game bunny shooter tu, memanah. Dan tengok rabbit-rabbit tu tergelak-gelak, bila tak kena panah. Mesti gila kan? Apa laa yang saya tulis ni, merapu tahap gaban. Hahaha, terlupa nak tulis, ini gurauan. :) Saya suka sangat rabbit sebab mereka comel macam saya.. Haha tetttt.

Nak keluar, tapi tak ada wang, dan juga geng. Ada yang dah masuk belajar balik, ada yang sibuk bekerja. Ye laa kan, bukan macam saya duduk rumah online, tidur dan makan. Huhu, tapi banyak events yang tak nak dilepaskan peluang untuk dihadiri, *ayat nak over the top sangat, poyo*. Okay~ events tersebut adalah, Ex Sekolah Menengah punya sports day 23 Julai ni. Senior yang baik kan saya ni? Haha, oh teringat pulak, semalam kan, pegilah Kos Store dekat Seri Petaling tu nak beli barang adik, pastu kan.. Terserempak dengan cikgu sekolah menengah dulu, dia penolong kanan hal ehwal murid tak silap -.- *rasanya la.. Dia tengah shop barang untuk Cheer sekolah. Untungnya budak cheer sekolah sekarang ni, jeles la jugak kan, dulu kena cari sendiri semua bahan. Ni cikgu yang belikan semua props. Untunglaaah.

Okay la, beralih arah kepada Cheer Comp event! Weee tak sabar nak pegi tengok. Sebenarnya Cheer Comp ni diadakan masa 9th July tu, tapi paham la kan, 9th July tu tarikh apa -.-. Jadi, dah di pospon kan pada 24th July~ Sebenarnya, tak pernah pegi Cheer Comp ni sampai habis, tahun lepas pegi sekejap je, pastu dah kena balik, sebab kena balik Matriks dah. HUHU tahun ni harap-harap dapat tengok Cheer Comp dengan girlpren girlpren saya! :) mesti BEST~

Tengok, kan dah kata, bila dah menetaip baru banyak idea? Serious post ni panjang -.-

comelkan dia? <3 Izza Athirah

Tadi Aine Izzati calling calling, dia kat Johor duk Hotel takda internet, dah siap tepon adik dia ni, bosan lettewww :P haha, berkawan dengan Izza Athirah, sebabnya Radi Husin keje. Tapi yang bestnya, Atiya dapat photoshoot dengan Kak Kaybee. Seronok nyaa, tak sabar nak tengok hasil, MESTI COMEL-COMEL gamba Atiya yang gila comel tuu. Tadi buat Videocall through phones sekali, Ya Allah, Comel bebenor anak kakak aku ni -.- HAHA. Rinduu, dah besar dah dia. Siap dah swimming lagi~ :D. Dia dah boleh merangkak, tapi baru reverse. Atiya GOOD GIRL! CLEVER GIRL :)

dah dah la tuu, banyak pulak nak ditaipnya ni -.-
penat orang nak baca, hee bajet ada orang baca blog dia je :P

Assalamualaikum! <3
Byeee~

2 hopped:

Kucing Serius. said...

Mengapa rabbit :(

aine ilina said...

Kucing Serius; kenapaa?

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina