Sunday, July 17, 2011

SMART SOLAT

Sabtu pagi bangun awal pagi, pergi Kursus program SMART SOLAT. Ceramah bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 6:00 petang. Satu hari tau Alhamdulillah dapat tempuh sampai habis. Takdelah pegi sendiri, pergi dengan ibu tercinta :). Kursus ni dianjurkan oleh AJK Masjid RTM, Angkasapuri. Ustaz yang bagi ceramah tu best sangat. Sesi Pertama, pengenalan mengenai solat, SEMUA la mengenai solat. Dari mengambil Wudhuk, hinggalah rukun-rukun solaat :).

Sesi kedua dengan Ustazah buat praktikal, sangat sempoi, sebab kursus ni hanya untuk wanita dan kanak-kanak perempuan sahaja. Tapi macam ibu ibu yang lebih eksaited. Haha, BETUL tak tipu. Kesian budak-budak tak berapa paham dengan gurau senda Ustaz dan Ustazah.


Sesi praktikal, Ustazah ajar semua cara nak Berwudhuk, bertayamum, dan menunaikan solat dari Niat, sampai lah memberi salam. Serius saya kata, kursus ni sangat berbaloi dihadiri. Semua dapat tau, dan refresh balik semua benda yang dah hampir lupa. Belajar Pendidikan Agama pun kat KMS masa semester satu je. Mana cukup. Kita amat digalakkan menghadiri kursus-kursus macam ni. Ilmu bukan senang nak dapat taau. Semua orang tahu :).

Bila dah pergi kursus ni, banyak la tauu benda-benda yang kita selalu buat tu sama ada salah ke makruh ke. Time ni jugaklah untuk bertanyakan soalan, kekeliruan tentang apa-apa berkenaan dengan solat. Baru sekarang saya tahu yang ambil wudhuk dalam toilet, dan solat di bilik yang ada toilet adalah makruh. MAKRUH JEE. Memang la makruh je, tapi kita boleh mengelakkan perkara2 makruh untuk perfect kan air wudhuk kita kan? Dan banyak lagi kesalahan yang selalu kita buat semasa ingin mengerjakan solat.

Bak kata ustaz, pegi je solat kat Masjid atau Surau kalau kat rumah tu memang semua bilik ada toilet dan takda tempat angkat wudhuk. Saya sendiri pun tak selalu pergi Masjid. Tapi pergi masjid atau surau, solat berjemaah banyak pahalanya. On the way pergi Masjid atau surau pun dah dapat pahala tau. Apetah lagi kalau jalan kaki.

Panjang jugak post ni -.-
Renung renung kan dan selamat beramal!
Assalamualaikum~ :)

0 hopped:

Post a Comment

 

Template by Blogger Candy edited by Aine Ilina